Mobile legends tidak tutup

Mobile Legends merupakan salah satu permainan mudah alih dengan jumlah pengguna yang sangat ramai di Malaysia.

Tetapi baru-baru ini, terdapat khabar angin yang menyatakan bahawa permainan ini akan ditutup.

Hantaran itu menyebut bahawa pada tarikh 5 Jun ini, mereka akan menutup permainan ini disebabkan saman yang dilakukan oleh Riot Games. 

Perkara ini boleh dikatakan mustahil kerana Mobile Legends adalah permainan mudah alih  yang sangat popular di rantau Asia Tenggara.

Tambahan pula, di kejohanan sukan SEA 2021 pula terdapat acara MLBB yang dipertandingkan.

Ini sudah membuktikan bahawa permainan mudah alih ini diterima dengan sangat baik di rantau ini.

Tetapi anda semua jangan risau kerana berita yang mengatakan Mobile legends ini akan ditutup hanyalah berita palsu sahaja.

Perkara ini sudah pun disahkan oleh pihak Mobile Legends apabila mereka sendiri membalas komen pengguna di sebuah hantaran di Facebook.

Agak-agak kalau betul Mobile Legends ini ditutup, anda main ‘game’ apa ya?

Foto: google play store

RELATED NEWS

+