Mod permainan Rampage 2.0 akan diperkenalkan dalam Free Fire bermula pada 4 Julai

Pada tahun lepas, acara Rampage telah diadakan dalam permainan video mudah alih Garena Free Fire. Ia menjadi antara acara paling disukai oleh pemain permainan video tersebut dan sambungannya akan tiba tidak lama lagi.

Garena mengumumkan acara Rampage II: Uprising yang akan bermula pada 4 Julai ini. Ia akan mengandungi pelbagai misi dan ganjaran eksklusif. Selain itu, setiap pemain juga harus memilih sama ada mereka mahu menyertai pihak Bringers atau Liberi.

Acara ini memperkenalkan sebuah jalan cerita yang memberi fokus kepada perang antara kedua-dua pihak tersebut. Empat watak baharu yang diperkenalkan adalah Morana, Odin, Cyan, dan Bitez.

Berikut adalah senarai acara-acara eksklusif yang akan berlangsung semasa Rampage II: Uprising:

  • Aftermatch Drop (4 Julai) – Pemain berpeluang memperoleh UMP – Cataclysm atau Weapon Loot Crate pada penghujung perlawanan.
  • Plant Map Drop (4 – 5 Julai) – Dapatkan token dengan berinteraksi dengan tumbuh-tumbuhan yang terdapat dalam setiap peta. Lebih banyak pemain yang berinteraksi dengan sebuah tumbuh-tumbuhan, lebih banyak token yang diberikan.
  • Friend Callback (4 – 8 Julai) – Jemput kembali rakan-rakan anda untuk menyertai kempen Rampage untuk peluang memenangi 99 Weapon Royale Vouchers dan sebuah Rampage Collection.
  • Rampage 2.0 (4 – 12 Julai) – Mod permainan baharu! Pemain harus menakluk salah satu daripada tiga lokasi untuk menang. Pada waktu yang sama, anda harus bertarung untuk menjadi Rampage Warrior yang mempunyai kuasa luar biasa.

Selain daripada acara-acara dalam permainan video, Garena juga akan mengeluarkan sebuah dokumentari, aksi CG, dan novel grafik yang akan dilancarkan melalui laman sosial media Free Fire tidak lama lagi.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+