Model baru PS5 Digital Edition dijangkakan lebih ringan berbanding model asal

Dokumentasi terbaru PlayStation yang Sony tunjukkan memberikan kemungkinan mereka sedang membangunkan model baru PS5 versi digital yang lebih ringan berbanding model perlancaran. 

Menurut manual rasmi produk (yang ditemui oleh pengguna Twitter @Renka_schedule) yang terdapat di laman rasmi PlayStation Jepun, ia menyatakan kemungkinan PS5 Digital Edition seberat 3.6kg, 300g lebih ringan berbanding model asal yang seberat 3.9kg.

Rajah penggunaan skru yang berbeza, lama (di atas) dan baru.

Ini bukanlah kali pertama khabar angin mengenai model baru PS5 timbul. Pada April lalu, CFO Sony Hiroki Tokoi menyatakan syarikat itu sedang mempertimbang beberapa perubahan berikutan isu kekurangan semikonduktor dunia.

Pada Mei, penganalisis Roberto Serrano menemui pendaftaran modul komunikasi nirwayar baru oleh Sony yang kemungkinan akan ditambah di model baru konsol permainan itu.

Malah, penjual Jepun juga melaporkan mula menyenaraikan model baru PS5 Digital Edition itu, dan menurut @Renko_schedule, ia akan mula dihantar mulai hujung bulan ini. Buat masa ini masih tiada informasi penjualannya di rantau lain. 

Artikel ini diterjemahkan dari laman web rasmi IGN SEA. Anda boleh membaca artikel penuh di SINI.

RELATED NEWS

+