Sony pecat 900 staf dari unit PlayStation

CEO Sony Interactive Entertainment (SIE), Jim Ryan hari ini mengumumkan 900 (8 peratus) pekerja Sony di bahagian PlayStation akan dibuang di peringkat global. Rantau yang terjejas adalah Amerika Syarikat, Jepun, Eropah, Timur Tengah, Afrika dan Asia Pasifik.

Ini bermakna bukan saja kakitangan tapi studio Sony di rantau-rantau itu juga bakal terkesan dengan studio di London akan ditutup sepenuhnya.

Keputusan ini dibuat bagi memastikan mereka dapat menyesuaikan diri dengan keadaan semasa dalam industri yang kini berubah. Mereka juga ingin memfokuskan model perniagaan yang lebih memberi jaminan.

Di Jepun, Sony akan melaksanakan program bantuan untuk karier seterusnya manakala di rantau lain, mereka juga akan menghubungi kakitangan yang terkesan.

Bukan saja Sony malah banyak syarikat ternama lain sudah mula membuang ramai pekerja, contohnya Riot Games.

Sumber rujukan: Sony Interactive

RELATED NEWS

+