Demo Dendro Archon Nahida – termasuk skill yang perlu anda tahu

Hari ini HoYoverse mengeluarkan video treler terbaru untuk Genshin Impact. 

Fokus kali ini adalah Archon Dendro Nahida.

Video karakter demo seperti biasa menunjukkan impresi satu karakter dan kuasa Nahida.

Nahida akan tiba untuk versi 3.2 esok selepas penyelenggaraan server.

Skill Nahida

Normal Attack: Form

Normal Attack

  • 4 Auto Attack dengan Dendro DMG.

Charged Attack

  • Menggunakan  Stamina untuk membuat AoE Dendro DMG.

Pasif Nahida

On All Things Meditated

Nahida boleh menggunakan All Schemes to Know untuk berinteraksi dengan item yang boleh dituai.

Compassion Illuminated

Apabila mengeluarkan Illusory Heart, Shrine of Maya akan mendapat efek ini:

Elemental Mastery untuk karakter aktif akan dinaikkan sebanyak 25% dari jumlah Elemental Mastery ahli parti paling tinggi.

Anda boleh mendapat sebanyak 250 Elemental Mastery sahaja.

Awakening Elucidated

Setiap mata dari Elemental Mastery Nahida yang lebih dari 200 akan memberikannya 0.1% DMG Bonus dan 0.03% CRIT Rate kepada Tri-Karma Purification dari All Schemes to Know.

Maksima 80% Bonus DMG dan 24% CRIT Rate dari Tri-Karma Purification.

Elemental Skill: All Schemes to Know

Menggunakan kuasa karma kayu dan pokok, membuat AoE Dendro DMG dan menanda sehigga 8 musuh dengan Seed of Skandha.

Apabila ditekan lama, skill ini akan berubah cara.

Hold

  • Masuk Mod Membidik, yang membolehkan anda memilih musuh yang berada dalam kawasan. Kemudia skill ini akan membuat Dendro Damage kepada kesemua yang ditanda oleh Seed of Skandha.
  • Mod Membidik bertahan sehingga 5 saat untuk 8 musuh sahaja

Seed of Skandha

  • Musuh yang ditanda dengan Seed of Skandha akan dirantai bersama sehingga beberapa jarak.
  • Jika anda membuat Elemental Reactions kepada musuh, musuh yang dirantai tersebut yang menerima DMG dari Dendro Cores (Termasuk Burgeon dan Hyperbloom DMG), Nahida akan mengeluarkan Tri-Karma Purification kepada musuh yang terkena. Dendro DMG akan dibuat berdasarkan ATK dan Elemental Mastery Nahida.
  • Anda hanya boleh mengaktifkan 1 Tri-Karma Purification pada satu masa yang pendek sahaja.

Elemental Burst: Illusory Heart

Nahida akan mengeluarkan Court of Dreams dan mengembangkan Shrine of Maya.

Kawasan Shrine of Maya akan mempunyai efek tersendiri mengikut jenis Elemental pasukan.

  • Pyro: Ketika Nahida berada di dalam Shrine of Maya, DMG yang dibuat oleh Tri-Karma Purification dari “All Schemes to Know” akan meningkat.
  • Electro: Ketika Nahida berada di dalam Shrine of Maya, jarak waktu setiap Tri-Karma Purification dari “All Schemes to Know” akan dikurangkan.
  • Hydro: Durasi Shrine of Maya akan meningkat.

Nahida merupakan off-field suppport yang memberi banyak kuasa untuk rakan pasukan yang lain.

Anda akan memberi fokus Nahida untuk menjadi Sub-DPS atau anda boleh membuat dirinya sendiri jadi DPS.

RELATED NEWS

+