Monster Energy saman pembangun game indie kerana perkataan ‘monster’

Monster Energy tidak asing lagi sebagai salah satu pengeluar air tenaga terkemuka di dunia.

Syarikat ini juga sudah banyak memberi tumpuan mereka kepada banyak permainan video atau acara e-sukan.

Tetapi kali ini mereka mahu saman pengeluar indie Glowstick Entertainment kerana menggunakan nama permainan video Dark Deception: Monsters & Mortals.

Syarikat Monster mengatakan pembangun indie itu perlu menukarkkan nama permainan video mereka dan tidak dibenarkan menggunakan perkataan ‘monster’ dan variasi perkataan itu seperti ‘monstrous’ atau ‘monstrosity’.

Vincent Livings selaku Ketua Pegawai Eksekutif Glowstick Entertainment sebaliknya akan meneruskan kes ini dan ada mengeluarkan kenyataan tersebut di Twitter.

“Mereka juga memaksa kami untuk tidak menggunakan logo berwarna hijau dan putih di latarbelakang hitam untuk mana-mana permainan video yang dikeluarkan oleh kami. Nampaknya warna hijau dan putih juga milik mereka,” ujar Livings.

Monster mengatakan penggunaan perkataan monster akan mengelirukan orang ramai dan logo permainan video itu tidak boleh mempunyai gaya rekaan yang sama dengan logo Monster Energy.

Seperti yang dikatakan tiada orang dapat memiliki atau paten perkataan itu kerana ia digunakan oleh orang ramai.

Siapa sahaja yang akan keliru untuk bezakan air tenaga dan permainan video?

RELATED NEWS

+