Moonton menukar format MSC 2023, lebih kompetitif!

Baru-baru ini, Moonton mengumumkan format baharu Piala Asia Tenggara Mobile Legends (MSC) 2023 yang akan berlangsung di Phnom Penh, Kemboja pada 10 Jun ini.

Satu perubahan ketara dilihat di peringkat kalah mati.

Menurut Moonton, di peringkat kumpulan, tiga pasukan akan diundi di dalam satu kumpulan.

Juara Liga Profesional MLBB (MPL) dari Malaysia, Indonesia, Filipina serta kelayakan MSC 2023 Myammar akan berada di dalam Pool 1.

Manakala pasukan-pasukan lain akan berada di dalam Pool 2.

Pasukan daripada Pool 1 akan diundi dalam kumpulan masing-masing sebelum pasukan daripada Pool 2 akan memenuhi kumpulan itu.

Namun pasukan daripada MPL yang sama iaitu Indonesia dan Filipina tidak boleh ada dalam satu kumpulan.

Format perlawanan akan diadakan secara Best of Three dan ia akan berjalan secara Single Round Robin. 

Dua pasukan terbaik akan layak ke peringkat seterusnya manakala pasukan yang berada di tangga terakhir akan tersingkir.

Di peringkat kalah mati, kini tiada Upper Bracket ataupun Lower Bracket.

Ia sudah diganti dengan format Best of Five di mana jika pasukan itu kalah mereka akan tersingkir.

Di peringkat separuh akhir, pasukan yang menang akan layak terus ke Grand Final manakala pasukan yang kalah akan ke perlawanan tempat ketiga.

Perlawanan Grand Final akan dimainkan dengan format Best of Seven.

Peringkat kumpulan akan bermula pada 10 Jun hingga 13 Jun manakala peringkat kalah mati akan bermula pada 15 Jun sehingga 18 Jun.

RELATED NEWS

+