Mortal Kombat 11 – Brutal, Savage Dan Ada Ciri Baru!

NetherRealm Studios mengumumkan Mortal Kombat 11, satu lagi entri baru dalam siri fighting game popular ini.

Di The Game Awards, kita boleh menyaksikan trailer ini yang mana Scorpion sedang berlawan Raiden.

Ia brutal dan sangat tipikal untuk siri Mortal Kombat. Dengan darah, retakan tulang dan kepala terpisah dari badan. Tapi yang menariknya, kita boleh nampak satu elemen baru di mana pelbagai senjata diperkenalkan. Contoh, Raiden menggunakan kilat berwarna merah.

Korang juga sebenarnya boleh perasan ada dua Scorpions! Pertamanya, dibunuh oleh Raiden, yang kedua bertukar menjadi berapi dan terbang melepasi tubuh Raiden. Mungkin Mortal Kombat 11 akan ada ciri baru di mana karakter tambahan dari dunia berlainan akan menolong korang dalam perlawanan.

Mortal Kombat 11 akan dilancarkan pada 23 April di seluruh dunia. Pada 17 Januari pula, NetherRealm akan hoskan satu acara komuniti dan mungkin lebih banyak gameplay boleh disaksikan!

Baca lanjut:

RELATED NEWS

+