Mortal Shell Diumumkan, Sebuah Game Souls-like Baharu

Pada tahun ini, hanya satu permainan video besar dalam genre Souls-like telah dilancarkan iaitu Nioh 2. Nampaknya satu lagi judul besar telah diumumkan.

Trailer pertama untuk permainan video Mortal Shell baru sahaja dimuat naik. Ia menonjolkan cara permainan yang mirip dengan judul-judul dalam siri Dark Souls. Dari segi atmosfera, penulis dapat merasakan pembangun (Cold Symmetry) juga mahu meniru dunia Dark Souls yang murung.

Salah satu ciri yang unik dalam Mortal Shell ialah pemain boleh “menghuni” mayat pahlawan-pahlawan yang ditemui untuk meningkatkan kemahiran perlawanan.

Pada waktu ini, tiada tarikh pelancaran dinyatakan. Apa yang sah ialah ia akan dilancarkan untuk PC (Steam), PlayStation 4 (PS4), dan Xbox One.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+