Mortal Shell. Sebuah trailer permainan baharu telah dikeluarkan di acara digital Summer of Gaming oleh IGN."> Mortal Shell. Sebuah trailer permainan baharu telah dikeluarkan di acara digital Summer of Gaming oleh IGN." /> Mortal Shell. Sebuah trailer permainan baharu telah dikeluarkan di acara digital Summer of Gaming oleh IGN." />

Trailer permainan Mortal Shell dikeluarkan bersama pengumuman beta tertutup

Pada awal bulan April tahun ini, studio Cold Symmetry telah mengumumkan projek terbaru mereka iaitu permainan video Mortal Shell. Sebuah trailer permainan baharu telah dikeluarkan di acara digital Summer of Gaming oleh IGN.

Pada waktu yang sama, studio tersebut juga mendedahkan maklumat tentang beta tertutup Mortal Shell yang akan dijalankan dari 3 Julai sehingga 10 Julai tahun ini.

Kekunci beta tertutup Mortal Shell akan diagihkan melalui laman Facebook, Twitter, dan Instagram Mortal Shell. Para peminat juga dinasihatikan untuk menyertai pelayan Discord yang dibuka oleh Cold Symmetry.

Malangnya, beta tertutup ini hanya terbuka kepada pemain PC. Pada waktu ini, Cold Symmetry tidak menyatakan apa-apa rancangan untuk mengadakan beta atau mengeluarkan demo untuk PlayStation 4 (PS4) dan Xbox One.

Mortal Shell dijadualkan untuk dilancarkan pada suku ketiga tahun 2020 di PC, PS4, dan Xbox One.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+