MPL: CEO EVOS Esports akan bermain untuk lineup terkini pasukan Mobile Legends

Satu berita yang mengejutkan komuniti Mobile Legends tanah air apabila Ketua Pegawai Eksekutif EVOS Esports, Ivan Yeo menjadi seorang pemain utama dalam roster terkini EVOS SG.

Pengurus EVOS SG, Matthew Chan berkata, pilihan ini dibuat atas beberapa sebab.

“Dalam EVOS, kami sentiasa melakukan perubahan untuk mendapatkan kelebihan dari beberapa aspek. Pilihan ini dibuat untuk memberikan ruang kepada CEO dalam barisan terkini bagi mendalami bagaimana pasukan ini bermain secara dasarnya.

“Pemain-pemain ini juga rasa lebih bersemangat untuk pamer prestasi di tahap tertinggi bukan saja untuk mereka sendiri tapi juga kepada organisasi,” katanya.

Barisan terkini EVOS SG dibarisi oleh Soul, Potato, JPL, Pokemon, Aeon dan Ivan sebagai Toxiceo.

Menerusi kepimpinan Ivan dalam organisasi berkenaan, EVOS Esports sudah melebarkan sayap ke beberapa negara Asia Tenggara dan menawarkan kontrak penstriman, tawaran menjadi duta jenama dan kemunculan di acara-acara tempatan bagi gaming influencers.

Ivan juga pernah tersenarai dalam Forbes 30 bawah 30 Asia bagi kategori hiburan dan sukan.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

Foto: Mobile Legends: Bang Bang | Facebook

RELATED NEWS

+