Pemain profesional Mobile Legends Malaysia, Danial Fuad atau Ciku muncul MVP ataupun pemain terbaik bagi Liga Profesional MLBB (MPL MYSG Musim Keenam) kali ini.
Anugerah itu diberikan dalam satu pengumuman dalam penstriman langsung sebelum Grand Final antara Todak lawan EVOS SG.
Kemenangan ini sememangnya tak perlu dinafikan lagi kerana Ciku berulang kali membantu Todak sepanjang enam minggu musim liga. Pasukan itu adalah satu-satunya skuad yang mencatatkan tiada kekalahan langsung.
Ciku juga memperoleh MVP mingguan untuk musim liga. Sementara itu, 4Meyz pula menerima anugerah rookie (pemain baru).
Beliau juga mempamerkan prestasi memberangsangkan ketika musim liga sebagai offlane.