MPL Filipina musim kelapan ditangguh

Dengan perlaksanaan kuarantin komuniti dipertingkatkan (ECQ) di seluruh Metro Manila bermula 6 – 20 Ogos, produksi dan tayangan MPL Filipina musim kelapan akan dianjak ke tarikh baru yang belum diumumkan.

Semasa tempoh ini, hanya servis keperluan sahaja yang dibenarkan untuk beroperasi. Musim liga akan dianjurkan kemudian termasuk penjadualan Playoff. 

Penangguhan ini juga menitikberatkan kesihatan dan keselamatan para pasukan, rakan kongsi, staf tempatan dan komuniti sekitar. 

Pihak MPL Filipina juga akan mematuhi setiap garis panduan kerajaan dan protokol keselamatan dengan mengambil langkah berjaga-jaga semasa kejohanan berlangsung.

Untuk pengetahuan anda, MPL Filipina kali ini adalah kali pertama selepas diiktiraf sebagai kejohanan francais. 

Ia sepatutnya berlangsung pada 13 Ogos, selari dengan MPL negara lain contohnya Malaysia dan Indonesia.

RELATED NEWS

+