MPL: Geek Fam mara semi final, menghantar Singapura ke kumpulan bawah

Pasukan Mobile Legends Malaysia, Geek Fam nyata membawa prestasi cemerlang di musim liga ke playoffs Liga Profesional Malaysia dan Singapura (MPL MY/SG) Musim Kelima hari ini apabila menewaskan EVOS SG 2-0 dalam pusingan kumpulan atas sebentar tadi.

Pada perlawanan pertama, mereka menggunakan lineup seperti biasa dalam musim liga, sekali gus tak memberi ruang kepada EVOS bernafas.

Tapi di game kedua adalah satu draft menarik dan pertama kali dipertunjukkan iaitu dua marksman (Veki dan Feekz) masing-masing memainkan Wan-Wan dan Karrie.

Pick itu nyata berhasil apabila Xorn selalu membuka war dan Dominus pula membaling payung untuk membantu menambah damage

Pilihan ini mungkin disebabkan mereka mahu lanjut ke late game yang mana pasukan EVOS tak mempunyai hero cukup hebat untuk lockdown Wan-Wan.

Playoffs bagi MPL MY/SG Musim Kelima bermula hari ini hingga Ahad yang mana lapan pasukan akan berentap untuk merebut hadiah wang terkumpul RM221,500.

Hanya dua pasukan Singapura layak ke playoffs iatu Resurgence dan EVOS SG manakala NV dan Siren Clan gagal mara.

Sebelum ini, 10 pasukan terbaik Malaysia dan Singapura bertanding dalam musim liga selama lima minggu bagi merebut ranking teratas.

Ini juga adalah kali pertama playoffs diadakan secara dalam talian berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan sejak 18 Mac lalu.

RELATED NEWS

+