MPL: Geek Fam menang dengan penuh bergaya ke atas Resurgence, 2-0

Perlawanan El Classico antara Geek Fam Mobile Legends Malaysia dan Resurgence dari Singapura hari ini berlangsung dengan sengit.

Pada hari ketiga minggu pertama MPL MY/SG Musim Keenam ini, Geek Fam berjaya meraih skor 2-0 ke atas skuad Singapura tersebut.

Dari perlawanan pertama, penganalisa, Aiman “Laphel” mengetengahkan kemahiran mekanikal Xorn yang mengawal Selena. Pengulas, Adam dan Ikuto juga turut senada dengan Laphel, mengatakan Xorn sering mengekana abyssal arrow kepada hero penting seperti Harith (ly4ly4ly4) dan Yi Sun Shin (Jason).

Kali ini, mereka juga tunjukkan Rumpel sebagai pemain yang menggantikan Dominus. Rumpel sebagai Hylos juga mempamerkan prestasi yang menarik pada perlawanan pertama.

Kalau anda perhatikan graf di atas, Feekz mencatatkan GPM tertinggi sebanyak 881 manakala Artz mengambil damage terbanyak. Dalam game pertama, RSG hanya mencatatkan satu saja pengambilan menara pertahanan berbanding Geek (9 menara pertahanan).

Pada perlawanan kedua pula, Geek Fam terus selesa dengan lineup yang melebihkan kepada stun. Ada Pharsa dan Popol dan Kupa yang boleh memulakan fight dengan mudah.

Mereka mengambil game kedua dengan mudah. Feather Air Strike daripada Xorn memaksa pemain Resurgence untuk bermain dengan lebih pasif.

MPL MY/SG Musim Keenam mengumpulkan 10 pasukan Singapura dan Malaysia bertanding selama enam minggu.

Mereka merebut hadiah wang tunai terkumpul RM417,250.

RELATED NEWS

+