MPL ID: Alberttt pemegang rekod “kill” terbanyak

MPL ID musim kelapan menyaksikan pasukan ONIC Esports berjaya menjuarai liga itu. Mereka menewaskan pasukan RRQ Hoshi dengan skor 4-3. Satu perlawanan yang begitu sengit di antara kedua pasukan.

Selepas tamatnya peringkat playoff, MPL Indonesia mengeluarkan carta kedudukan pemain yang mendapat kill paling banyak di dalam pertandingan itu.

Alberttt mendahului dengan 297 kills, angka yang begitu menakjubkan buat bocah ajaib ini. Kebolehan beliau bermain Karina, Ling, Hayabusa dan Lancelot tidak disangkal lagi. 

Tempat kedua dipegang oleh Sanz dengan 262 kills dan Celiboy dengan 260 kills. Kedua-dua pemain ini juga berkebolehan bermain jungler dengan sangat baik.

Mampukah Alberttt meneruskan rekod beliau di Kejohanan Jemputan Mobile Legends (MPLI) 2021 ini? Kita bakal saksikan.

RELATED NEWS

+