MPL ID: Aura Fire benam Alter Ego 2-1

Pasukan Alter Ego kian merosot momentum mereka selepas rekod tanpa kalah mereka dipecahkan oleh pasukan BTR pada hari pertama minggu ketujuh. Tidak lama kemudian, mereka tewas di tangan Sang Raja pada hari kedua.

Pertarungan mereka pada minggu kelapan menyaksikan pasukan Aura Fire akan memberikan cabaran pada hari pertama. Kedua-dua pasukan seri dan memaksa perlawanan ketiga.

Di perlawanan ketiga, pasukan Aura Fire membawa masuk Karina sebagai jungler. Ternyata Karina sangat berkesan dalam memberikan tekanan kepada pasukan Alter Ego.

Mereka bermain dengan sangat pasif demi menjaga ahli pasukan dari terus terkorban. Pasukan Aura Fire terus mengasak pasukan Alter Ego dan tidak memberikan mereka peluang untuk mengawal peta.

Luminous Lord berjaya diambil oleh pasukan Aura Fire pada minit ke-16 dan mereka mengambil peluang itu untuk melakukan pushing yang terakhir dan mendapatkan kemenangan.

Foto: One Esports

 

RELATED NEWS

+