MPL ID: El Clasico RRQ VS EVOS raih tontonan tertinggi

Permainan peranti mudah alih Mobile Legends sangat popular di benua Asia Tenggara. Malah, salah satu kejohanannya mencatatkan paling banyak tontonan mengikut Esports Charts.

El Clasico di antara RRQ Hoshi dan EVOS Legends tempoh hari menyaksikan 1.7 juta penonton diraih di Liga Profesional (MPL) ID musim ke-9.

Tempat kedua dan ketiga dipegang oleh permainan video League of Legends. LCK Spring 2022 adalah pertandingan League of Legends Korea.

Adakah carta ini akan terus dipegang oleh Mobile Legends untuk tahun seterusnya? Apakah pendapat anda tentang carta ini? Nyatakan di ruangan komen.

Foto: Dailyspin, Esports Charts

Sumber: ONE Esports

RELATED NEWS

+