MPL ID: Rippo tidak bermain kali ini, BTR tewas di tangan Alter Ego 1-2

Pusingan kedua pada hari ini menyaksikan pasukan BTR bertemu dengan musuh ketat mereka, Alter Ego. Kedua-dua pasukan ini mempunyai rekod yang begitu baik pada minggu pertama akan tetapi pasukan BTR mula mengalami kemerosotan di minggu kedua. Rippo tidak bermain untuk pasukan BTR kali ini, mereka membawa masuk Xorizo.

PERLAWANAN PERTAMA

Pemilihan Ling untuk pasukan BTR pada perlawanan pertama ini memberikan kelebihan kepada Branz untuk mempunyai mobiliti akan tetapi Alter Ego lebih pantas mengejar farming. Seterusnya, Alter Ego lebih cekap dengan membawa masuk Harley untuk memberi tekanan kepada Ling.

Beatrix yang digunakan oleh Ahmad terlalu kuat untuk pasukan BTR, pengambilan Lord pada minit ke-18 tanpa sebarang gangguan oleh pasukan Alter Ego. Pushing terakhir bersama Lord memberikan Alter Ego  kemenangan untuk perlawanan pertama.

PERLAWANAN KETIGA

BTR menggunakan draft burst damage dengan memilih Harley, Saber sementara Alter Ego memilih Ling untuk begerak dengan mudah di dalam peta. Ternyata draft BTR terlalu kuat di minit awal permainan, mereka mempunyai kelebihan gold ketika ini. Turtle berjaya dikawal pasukan BTR.

Walau bagaimanapun, Alter Ego mula fokus kepada objektif dan farming, Celiboy yang sudah mempunyai barang core yang lengkap pada minit ke-15 mula menunjukkan damage yang tinggi kepada pasukan BTR. Nino juga sudah terlalu kuat untuk pasukan BTR dan akhirnya mereka memenangi perlawanan pada minit ke-16.

 

 

RELATED NEWS

+