MPL Indonesia: Ahmad punya Johnson bantu Alter Ego 2-0 Genflix Aerowolf

Pasukan Alter Ego terus maju mengumpul mata dengan rekod tanpa kalah di hari pertama minggu kedua kejohanan MPL Indonesia musim ketujuh.

Ahmad sebagai Johnson nyata memberi tumpuan pada perlawanan kedua hari ini.

PERLAWANAN PERTAMA

Di perlawanan yang pertama, kita dapat saksikan pasukan Alter Ego memilih untuk mengambil 2 marksman sebagai hyper dan offlane. Seawal minit ke 1.45, Celiboy dan juga PAI telah mendapatkan first blood di top lane dengan menumbangkan Rinazmi yang bermain sebagai Benedetta.

Seterusnya, pertarungan untuk merebut turtle menyebabkan pasukan Genflix Aerowolf telah kehilangan 3 orang ahli mereka, dengan buff yang telah didapatkan oleh Celiboy setelah membunuh turtle menyebabkan beliau mempunyai kelebihan untuk farming dengan lebih efektif.

Di samping itu, PAI berjaya membunuh Watt yang telah di mark oleh beliau di dalam pertarungan tersebut. Turtle yang kedua diambil dengan mudah oleh Celiboy dan juga Ahmad tanpa sebarang gangguan dari pasukan Genflix Aerowolf. Celiboy atau dipanggil juga sebagai “the miracle boy” sememangnya seorang pemain yang hebat apabila beliau berjaya mendapatkan 3 kill pada minit ke 7.25.

Pertarungan yang terakhir yang dimulakan oleh Ahmad dengan membunuh Clay menggunakan Blazing Duet sememangnya memberikan damage yang tinggi. Pasukan Genflix Aerowolf akhirnya tidak dapat bertahan apabila empat ahli pasukan mereka dibunuh meninggalkan Rinazmi untuk bertahan.

PERLAWANAN KEDUA

Keadaan tidak berpihak kepada pasukan Alter Ego pada awal permainan, Celiboy telah tersilap langkah mencuba untuk membunuh Clay. Beliau telah dikawal oleh Fredoqt yang mengangkat beliau ke belakang dan menyebabkan pasukan Genflix Aerowolf mendapat kill pertama mereka.

Seterusnya, pertempuran di  di lane turtle menyaksikan Watt beraksi dengan begitu cemerlang berjaya membunuh 4 ahli pasukan Alter Ego dengan bantuan ahli pasukan beliau. Bantuan daripada ultimate Ahmad tidak cukup untuk memberikan kelebihan kepada pasukan beliau untuk memenangi pertarungan tersebut.

Namun begitu, Rinazmi dan juga Fredoqt yang cuba untuk mempertahankan turret di top lane tidak berjaya apabila mereka dibunuh oleh Celiboy dan juga Leomurphy yang dibantu oleh PAI. Pasukan Alter Ego berjaya merapatkan jurang gold yang sebelum ini jauh memihak kepada pasukan Genflix Aerowolf.

Pada minit ke 7.19, pasukan Alter Ego telah kehilangan kesemua ahli mereka apabila mereka cuba untuk mempertahankan turret di tengah. Ahmad yang merempuh menggunakan ultimate masih tidak cukup untuk memberikan saingan kepada pasukan Genflix Aerowolf. Skor kini memihak kepada pasukan Genflix 18-9.

Langgaran dari Johnson memusnahkan lineup Aerowolf berulangkali. Malah, selepas dilanggar, Udil yang memainkan sebagai Luo Yi memulakan kombo dan stun dari Johnson mencukupkan masa untuk menurunkan nyawa ahli pasukan Aerowolf. 

Seterusnya, pasukan Alter Ego berjaya mendapatkan Lord tanpa sebarang masalah meskipun diganggu oleh Bravo. Keadaan terus memihak kepada pasukan Alter Ego dengan jumlah gold yang dimiliki mencapai 35 ribu.

Pada akhirnya, Jawhead yang bertahan saat akhir tidak boleh berbuat apa-apa.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MyGameOn (@mygameondotmy)

 

RELATED NEWS

+