MPL Indonesia: Alter Ego di tempat pertama setakat minggu ketujuh

Pasukan Mobile Legends Indonesia, Alter Ego menunjukkan prestasi yang sangat membanggakan setakat minggu ketujuh MPL Indonesia. Dengan kemenangan 10 berbalas dua set perlawanan, mereka kini di tangga pertama.

Walaupun berdepan pertukaran patch NEXT yang besar, ia tak mematahkan semangat mereka untuk mengadaptasi dengan meta baharu.

Pada hari pertama, mereka berjaya menewaskan Genflix Aerowold 2-0, diikuti dengan kemenangan ke atas EVOS Legends dengan skor sama.

Pada hari kedua, RRQ menunjukkan dominasi dengan kemenangan ke atas Bigetron Alpha (skuad yang dianggotai oleh pemain Malaysia, Rippo).

Kemenangan ini dipercayai kerana RRQ bermain dengan begitu disiplin dan kehadiran kembali Xinnn.

Saksikan minggu terakhir MPL Indonesia bermula Jumaat ini, 2 Oktober hingga Ahad.

Pai adalah MVP pada minggu ketujuh.

Sumber rujukan: ONE Esports

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+