MPL Indonesia: EVOS Legends buktikan Alter Ego tidak kebal, perolehi kemenangan 2-0

Alter Ego menjadi benchmark buat semua pasukan di MPL Indonesia musim ketujuh. Setakat ini mereka memegang rekod tanpa kalah, mampukah Ferxiic memecahkan rekod dipegang Alter Ego ini? Kita saksikan sekarang.

PERLAWANAN PERTAMA

EVOS Legends menggunakan teknik Diggie menjadi korban untuk memperlahankan kadar farming Celiboy. Alter Ego tidak mudah mengalah, mereka cuba untuk mendapatkan kembali momentum seperti sebelum ini.

Luminaire yang menggunakan Pharsa ternyata membuatkan pasukan Alter Ego tidak duduk senang, stun + ultimate Pharsa sangat membantu EVOS Legends untuk memenangi teamfight yang mereka hadapi.

Ferxiic mudah mengambil Lord pada minit ke-11, seterusnya pushing bersama Lord berjaya menembusi pertahanan base pasukan Alter Ego. Alter Ego yang kini panik tidak mempunyai sebarang jawapan dari asakan EVOS Legends.

Winrate yang dimiliki 100% oleh Alter Ego akhirnya berjaya dipecahkan oleh EVOS Legends. Ternyata strategi Zeys untuk menggunakan Diggie berhasil dan Ferxiic sebagai bocah ajaib di dalam pasukan itu berjaya menjalankan tanggungjawabnya untuk membawa kemenangan kepada pasukan EVOS. Beliau sangat kaya di dalam perlawanan ini dengan pencapaian 917 gold per minute.

PERLAWANAN KEDUA

Ferxiic memulakan perlawanan dengan mendapatkan first blood ke atas PAI yang cuba mengasaknya di sebelah sungai. Walaupun hanya baru 2 minit permainan berlangsung, jurang gold terhadap kedua-dua pasukan sudah melebihi 2 ribu.

EVOS Legends telah mengumpul 7 skor di saat minit ke-5 manakala pasukan Alter Ego gagal untuk mendapatkan sebarang kill. Tidak lama kemudian, pasukan Alter Ego telah wipeout dari peta hasil permainan yang ditonjolkan oleh Ferxiic dan juga Luminaire. 

Nampaknya pertaruhan Angela sebagai support ternyata berhasil, Luminaire berjaya bertahan dan sustain di dalam perlawanan tersebut. EVOS Legends terus mengambil peluang itu untuk menguasai permainan mendapatkan kill demi kill. 

Boleh dikatakan pasukan Alter Ego berada di dalam keadaan yang sangat tergugat. Pada minit ke-8, pasukan Alter Ego telah wipeout buat kali kedua berturut-turut. Seterusnya, EVOS Legends telah menghancurkan turret bawah dan juga tengah untuk menyukarkan lagi situasi Alter Ego.

Ketika pasukan EVOS Legends cuba mengambil Lord yang pertama, mereka telah diganggu oleh PAI dan Celiboy namun mereka berdua telah dibunuh oleh Clover dan juga Ferxiic. Ahmad, Leomurphy dan juga Udil cuba untuk mempertahankan base mereka akan tetapi ianya tidak berhasil dan mereka terpaksa memberikan kemenangan ke atas EVOS Legends.

Mereka adalah satu-satunya pasukan yang berjaya memecahkan rekod tanpa kalah yang dimiliki Alter Ego. Ternyata Alter Ego tidaklah kebal apabila berhadapan dengan bocah ajaib Ferxiic. 

RELATED NEWS

+