PERLAWANAN PERTAMA"> PERLAWANAN PERTAMA" /> PERLAWANAN PERTAMA" />

MPL Indonesia: EVOS Legends menang mudah ke atas Aura Fire 2-0

PERLAWANAN PERTAMA

EVOS Legends memberikan Ferxiic menggunakan Benedetta yang mempunyai rekod tanpa kalah buat masa ini. Di awal permainan, Vanss yang menggunakan Hayabusa telah diasak habis-habisan oleh Wan-Wan yang digunakan Clover. Rekt yang melihat itu sebagai peluang untuk mendapatkan first blood terus merusuh ke arah Vanss yang sedang berlindung di tepi turret. Rekt kemudiannya berjaya membunuh Vanns. 

Bantuan dari pasukan Aura Fire kini tiba dengan kehadiran God1va dan juga Variety. Ferxiic yang menanti saat untuk membunuh Variety akhirnya berhasil dari hasil serbuan dari bush ke arah Variety yang sedang farming di jungle. Seterusnya pasukan EVOS Legends menggunakan kesempatan itu untuk mengambil turtle yang pertama. Aura Fire yang menjangkakan asakan dari EVOS sudah tamat ternyata salah sama sekali. Ferxiic dan Antimage terus maju bermain dengan agresif ke arah turret tengah untuk membunuh Vanss, God1va serta VaanStrong.

Selang beberapa minit kemudian, pertarungan yang tercetus pada minit ke 5 menyaksikan Antimage berhempas pulas melawan 4 orang ahli pasukan Aura Fire berseorangan. Beliau berjaya bertahan di dalam perlawanan itu serta memberikan damage yang tinggi kepada Variety dan juga God1va. Ini mengakibatkan pasukan Aura Fire di dalam kerugian oleh kerana rotasi mereka yang tidak berhasil serta turret mereka di bahagian bawah telah dihancurkan oleh Clover.

EVOS Legends terus mengawal peta dan mengambil semua buff milik pasukan Aura Fire. Variety yang tidak mempunyai sebarang buff mengalami kesukaran untuk farming. Pada minit ke 9, Ferxiic telah mengumpan VaanStrong, God1va dan juga Vanss untuk mengejarnya sementara Clover dan juga Rekt mengambil Lord di bahagian bawah. Variety yang cuba menggagalkan usaha tersebut telah dibunuh. Pushing bersama Lord oleh pasukan EVOS Legends berjaya mendapatkan mereka kemenangan yang pertama dengan hanya permainan berdurasi selama 11 minit.

PERLAWANAN KEDUA

Pasukan Aura Fire dilihat tidak mengambil retribution untuk jungler mereka sebaliknya menggunakan execute sebagai pilihan. Pada minit awal permainan, Ferxiic pantas mendapatkan purple buff dan juga orange buff yang dikawal oleh Rekt untuk memastikan Ferxiic mudah untuk membuat rotasi di bahagian atas nanti bagi mendapatkan gold buff.

Luminaire yang menggunakan Mathilda telah membuat sedikit kesilapan rotasi di bahagian jungle musuh menyebabkan VaanStrong mengenakan stun abyssal arrow untuk mendapatkan first blood. Seterusnya Rekt turut menjadi korban hasil daripada rotasi yang dilakukan oleh Vanss. Pasukan EVOS Legends membalas asakan tersebut 1 minit kemudian dengan rotasi yang dilakukan Luminaire menggunakan Circle Eagle berjaya menghabiskan Variety dan juga God1va yang sedang melarikan diri.

Disebabkan Aura Fire tidak mempunyai retribution, pasukan EVOS Legends mengambil buff dan turtle tanpa sebarang kerisauan. Pada minit ke 10, EVOS Legends cuba mengambil Lord dan telah diganggu oleh pasukan Aura Fire. Ferxiic mengambil keputusan untuk berhenti attack Lord dan fokus kepada teamfight yang telah tercetus. Aura Fire kemudiannya kehilangan 4 orang ahli meninggalkan High yang masih bertahan. High akhirnya terbunuh dan EVOS Legends menang dengan mudah perlawanan kedua.

RELATED NEWS

+