MPL Indonesia: RRQ Hoshi Tamatkan Kemarau, Juara Musim Kelima

Selepas lama menantikan takhta kemenangan Liga Profesional Mobile Legends Indonesia (MPL Indonesia), akhirnya RRQ berjaya menamatkan kemarau tidak bergelar johan dengan menjadi juara buat pertama kalinya sejak musim kedua.

Pada grand final MPL Indonesia musim kelima sebentar tadi, RRQ Hoshi berdepan saingan sangat sengit iaitu EVOS Legends sebagai juara bertahan.

Mereka menang tipis 3-2 selepas lapan minggu dalam musim liga dan tiga hari di playoffs.

LJ dan Lemon adalah pemain yang pernah memenangi MPL Indonesia sebanyak dua kali, kali terakhir ketika musim kedua.

Dalam prizepool keseluruhan AS$300,000 (RM1.29 juta), mereka berjaya memenangi lebih 1/4 dari jumlah berkenaan.

Lihat kesemua perlawanan tadi di Youtube.

Berita lanjut menyusul..

RELATED NEWS

+