MPL Indonesia: Sang Harimau Putih mengaum lagi, 2-1 ke atas Alter Ego

Pertarungan yang sengit di antara kedua-dua pasukan ini pasti menjadi taruhan buat para peminat. EVOS Legends yang bangkit setelah kemasukan Ferxiic telah memberikan asakan kepada pasukan Alter Ego. Mereka menjadi pasukan pertama yang berjaya memecahkan rekod tanpa kalah Alter Ego pada pertemuan sebelum ini. Adakah EVOS Legends mampu mendapatkan kemenangan buat kali kedua? mari kita saksikan.

PERLAWANAN KEDUA

Permainan baru sahaja bermula akan tetapi Rekt telah membuat rotasi untuk membantu Clover mendapatkan kill ke atas Ahmad. Selain itu, Luminaire juga berjaya menumbangkan Leomurphy di bahagian atas dengan bantuan dari Antimage.

Alter Ego membalas permainan yang agresif dari EVOS Legends itu dengan rotasi yang dilakukan oleh Celiboy untuk menumbangkan Antimage dan Rekt. Seterusnya Udil berjaya mengenakan stun ke atas Ferxiic yang tidak menyangka Abyssal Arrow itu tepat pada sasarannya. Bantuan yang dihulurkan oleh Leomurphy berjaya menumbangkan Ferxiic. Sementara itu, Celiboy yang cuba recall ke arah base telah dibunuh setelah di flameshot oleh Luminaire.

Pada minit ke 11, Alter Ego mempunyai kelebihan gold sebanyak 2 ribu di hadapan, mereka berjaya pick off seorang demi seorang pasukan EVOS Legends dengan flame shot yang begitu tepat sekali. Namun begitu, mereka telah melakukan kesilapan pada minit ke 12 untuk menumbangkan Ferxiic. Bantuan yang diberikan oleh Angela kepada Ferxiic berupaya membuat beliau sustain di dalam teamfight tersebut lalu menumbangkan Celiboy dan juga Udil.

EVOS Legends terus mengambil peluang tersebut untuk mendapatkan Lord yang pertama. Mereka berjaya mengambalikan momentum mereka buat saat ini dengan mengejar objektif. Hasil pushing bersama Lord tidak begitu memberasangkan, mereka tidak dapat menghancurkan turret di bahagian dalam base Alter Ego yang dikawal ketat oleh Ahmad menggunakan Feathered Air Strike. 

Permainan menjadi agak pasif sehinggalah pada minit ke 20. Ahmad telah ditumbangkan di bahagian atas oleh Clover menggunakan Crossbow of Tang, tidak lama kemudian Nino juga berjaya dibunuh setelah the way of dragon tidak menjadi kali ini. Alter Ego yang telah kehilangan 2 orang pemain mereka tidak berjaya untuk mempertahankan base mereka dan kemenangan menjadi milik EVOS Legends.

PERLAWANAN KETIGA

 EVOS Legends sekali lagi menggunakan taktik Diggie Feeder yang telah diperkenalkan waktu mereka bertemu dengan Alter Ego buat pertama kalinya di minggu ke 4. Rekt bijak menganggu kadar farming Celiboy untuk mendapatkan purple buff sementara Ferxiic bebas untuk farming.

Selain itu, Antimage juga turut datang membuat rotasi bagi memberikan bantuan kepada Rekt. Namun begitu, Ferxiic berjaya ditumbangkan oleh Leomurphy semasa beliau sedang farming di jungle. Permainan yang ditonjolkan oleh Sang Harimau Putih sangat agresif pada waktu ini. Rotasi demi rotasi dilakukan oleh setiap ahli pasukan mereka membuatkan Alter Ego tidak duduk senang.

Permainan yang agresif itu digunakan sebaik-baiknya oleh Ferxiic untuk terus farming. Pada minit ke 6, EVOS Legends sudah mendahului gold sebanyak 2 ribu. Turtle diambil mudah oleh Ferxiic pada minit ke 6. Alter Ego cuba untuk counter situasi tersebut namun tidak berjaya. Sementara itu, skor untuk kapten pasukan Alter Ego tidak begitu baik setelah ditumbangkan sebanyak 8 kali.

Lord diambil mudah oleh pasukan EVOS Legends setelah mereka berjaya menumbangkan Udil, Nino dan Ahmad. Pushing bersama Lord digunakan sebaik-baiknya untuk menghancurkan turret di bahagian bawah base Alter Ego. Seterusnya Ahmad telah terbunuh sejurus beliau menggunakan Zaman Force melebihi jarak pasukannya berada. Ferxiic menunjukkan taring harimaunya apabila beliau berjaya membunuh Celiboy dengan menggunakan Blazing Duet.

Alter Ego yang hanya mempunyai Nino dan Leomurphy tidak berjaya mempertahankan base mereka. Ini bermakna pasukan EVOS Legends kekal dengan momentum yang mereka ada sebelum ini. Walaupun pasukan Alter Ego dilihat bertambah baik mengadaptasi patch baru setelah mengalami kekalahan sebelum ini. Ianya tidak cukup untuk menjinakkan Sang Harimau Putih yang mula konsisten sejak kemasukan Ferxiic ke dalam pasukan.

 

RELATED NEWS

+