MPL Indonesia: Sang Raja buktikan mereka tidak kehilangan momentum, 2-0 ke atas Geek Fam

Berikutan patch update yang dilancarkan baru-baru ini, banyak pasukan yang mengalami kesukaran untuk adaptasi dengan kemaskini tersebut. Namun begitu, terdapat juga pasukan yang semakin kuat dengan mengguankan patch baru tersebut sebagai ruang untuk mereka mencuba strategi yang baru.

PERLAWANAN PERTAMA

Permulaan perlawanan melihatkan duo antara Frzz dan Sunz cuba untuk memperlahankan kadar farming Alberttt sebagai Ling kerana mereka tahu Ling akan menjadi deadly sekiranya dibiarkan free farming. Usaha mereka itu tidak berjaya kerana Vynnn, Pyschoo dan juga R7 yang turut turun padang untuk membantu Alberttt. Kedua-dua duo itu terbunuh dan memberikan kelebihan kepada Sang Raja untuk melakukan rotasi ke arah lane yang lain.

Kita dapat lihat pada gambar di atas, Alberttt berjaya merampas turtle yang cuba diambil oleh Geek Fam dengan follow up yang dilakukan oleh pasukannya sekaligus berjaya menumbangkan Zunz dan juga Babywww yang cuba melarikan diri. Tindakan pantas Alberttt menggunakan retribution harus dipuji dan beliau tidak panik di dalam pertarungan tersebut.

Seterusnya pasukan RRQ Hoshi terus mendominasi ke atas Geek Fam dengan jumlah skor kill yang kian menambah hasil daripada rotasi yang dilakukan oleh Alberttt dan juga Pyschoo. Mobiliti yang dimiliki oleh Ling dan juga Mathilda sangat membantu Sang Raja untuk terus bermain agresif. Geek Fam seolah-olah tidak mempunyai sebarang jawapan bagi menghadapi permainan yang begitu agresif tersebut.

Pada minit ke 10, Sang Raja berjaya mendapatkan Lord yang pertama tanpa sebarang gangguan dari pasukan Geek Fam. Saat mereka sedikit lagi ingin mendapatkan kemenangan setelah Lord berjaya menembusi pertahanan Geek Fam, Alberttt telah membuat kesilapan kerana terlalu obses dengan kill menyebabkan pasukan RRQ Hoshi terpaksa berundur terlebih dahulu. Pushing kali kedua berjaya mendapatkan mereka kemenangan setelah Geek Fam berhempas pulas untuk menumbangkan Alberttt di dalam pertarungan terakhir itu.

PERLAWANAN KEDUA

First blood berjaya didapatkan oleh Alberttt yang berjaya menangkap Babywww yang sedikit offside dengan bantuan daripada R7. Seterusnya turtle telah menjadi milik Sang Raja pada minit ke 2. Sejurus beberapa minit kemudian, RRQ Hoshi berjaya meningkatkan lagi jurang gold di antara dua pasukan dengan rotasi yang dilakukan, mereka sudah mendahului dengan 5 ribu gold pada minit ke 5. 

Pada minit ke 7, Alberttt berjaya mendapatkan solo kill ke atas Babywww yang bermain sebagai Benedetta. Seterusnya, beliau telah dikejar Zuns dan juga Adam, Alberttt berjaya clutch menggunakan Thorned Rose untuk menyalamatkan diri dan memberikan pasukannya ruang untuk membunuh Zunz dan juga Frzz.

RRQ Hoshi terus memaksimakan kelebihan mereka untuk terus mendominasi pasukan Geek Fam. Mereka mengambil purple buff dan juga orange buff untuk menghentikan kadar farming Babywww. Pada minit ke 11 sahaja, Sang Raja sudah mempunyai 17 skor kill. 

Lord diambil oleh Sang Raja pada minit ke 12 untuk menamatkan permainan. Alberttt menggunakan Puncture dengan begitu baik sekali untuk menamatkan riwayat pasukan Geek Fam seterusnya memenangi permainan.

 

RELATED NEWS

+