Slate berkolaborasi dengan Geek Fam ke MPL Indonesia

Selepas Dota 2, kini Geek Fam mengubah nama pasukan Mobile Legends mereka ke Geek Slate. Kerjasama ini adalah diantara Slate dan Geek Fam.

Nama Geek Slate akan digunakan untuk pasukan ini di MPL Indonesia musim kesebelas dan ke depan.

Geek Slate bakal bermain di dalam salah satu liga e-sukan paling besar di dunia mulai Februari depan.

“MPL Indonesia adalah tempat pertama saya meraih kejayaan besar iaitu menjuarai M1 World Championship 2019. Saya tidak sabar untuk kembali ke MPL ID dan membawa Geek Slate ke arah kejayaan,” ujar Ivan Yeo, Bekas Ketua Pegawai Eksekutif EVOS Esports.

Liga Profesional MLBB (MPL) adalah sistem liga e-sukan profesional yang ditubuhkan oleh Moonton Games bersama penganjur tempatan seluruh dunia.

MPL Indonesia juga adalah liga e-sukan pertama di Asia Tenggara dengan sistem francais dan menjadi e-sukan mudah alih paling ramai penonton di dunia dengan 80 juta jam untuk satu musim.

Geek Fam ditubuhkan pada tahun 2016 dan menjadi antara nama besar dalam arena kompetitif e-sukan Asia.

RELATED NEWS

+