MPL Indonesia: Sang Raja “Comeback”, 2-0 ke atas Bigetron Alpha

RRQ Hoshi menunjukkan prestasi lebih baik pada hari ketiga minggu kedua MPL ID musim ketujuh ini.

 

PERLAWANAN PERTAMA

Sang Raja kini membawa masuk Psychoo dan juga Alberttt bagi menggantikan Wizz dan juga Taka. Permulaan yang baik buat RRQ apabila R7 yang menggunakan Paquito berjaya mendapatkan first blood  di turtle dengan membunuh Dreams.

Namun begitu, Branz yang menggunakan Blazing Duet berjaya mengundurkan pasukan RRQ dan seterusnya merampas turtle. Pada minit ke 3.57 satu pertarungan lagi tercetus di lane tengah menyebabkan RRQ kehilangan dua orang ahli. 

Lord yang pertama berjaya diambil oleh RRQ tanpa sebarang gangguan setelah Dreams dan juga Maxxx terkorban di dalam satu pertempuran mengejar R7. Pasukan BTR akhirnya menyerah kalah apabila mereka cuba untuk mempertahankan base mereka di saat terakhir namun tidak berjaya.

 

PERLAWANAN KEDUA

BTR dilihat lebih berdisiplin di perlawanan kedua, mereka membawa masuk Gusion ke dalam permainan. Pada minit kesepuluh, mereka telah mengawal permainan. Tidak memberikan sebarang ruang untuk Sang Raja menguasai permainan.

Combo yang dipamerkan oleh Matt yang menggunakan Chou dan juga Kyy sebagai Pharsa berjaya membunuh 3 orang baki ahli pasukan RRQ.  Meskipun BTR mengawal permainan, RRQ masih lagi tidak mengalah. Retribution yang digunakan oleh Alberttt tepat sekali mendapatkan Lord yang sedang diambil oleh pasukan BTR.

Sang Raja terus membuat comeback di minit ke-16 apabila mereka berjaya membunuh 5 ahli pasukan BTR yang terlalu yakin dengan kelebihan gold mereka. Nampaknya kemasukan Alberttt dan juga Pyschoo memberikan mereka peluang untuk memenangi perlawanan.

RELATED NEWS

+