MPL Malaysia: Lineup baru Todak masih menyengat

Pada perlawanan pertama Todak di musim liga MPL Malaysia musim ketujuh kali ini, mereka bereksperimentasi dengan lineup berbeza. Antaranya mengetengahkan pemain Todak Apprentice bermain untuk minggu ini.

Nyata, eksperimen itu berhasil apabila mereka berjaya menewaskan Reborn Esports 2-1 sebentar tadi.

 

PERLAWANAN PERTAMA

Walaupun mempertaruhkan lineup Apprentice, Todak masih bermain dengan keserasian yang baik. Kehadiran Stoo dan Xray sebagai pemain senior banyak membantu Todak untuk leading. Tapi kehadiran pemain jungler seperti Medal juga menyumbang kepada kemenangan Todak.

Vinss bermain Eudora dengan sangat baik juga pada perlawanan kedua ini dengan hanya empat kematian.

Vinss membolot kategori damage paling tinggi sebagai Eudora tapi Stoo dan Medal juga mempunyai jumlah damage yang hampir serupa.

PERLAWANAN KETIGA

Pada perlawanan ketiga, Todak meletakkan pemain senior seperti Ciku dan 4Meyz lalu mendominasi perlawanan pada pertengahan permainan.

Bagaimanapun, pada minit akhir Momo membantu dengan bermain agresif.

berita lanjut menyusul..

RELATED NEWS

+