MPL Malaysia: Team Bosskurr terciduk, kali ini di tangan RSG MY

Pasukan Team Bosskurr nampaknya tidak berjaya memenangi perlawanan ke atas RSG Malaysia lalu terpaksa akur dengan skor 2-0.

Bosskurr diasak oleh RSG MY yang mana perlawanan pertama dilihat lebih memihak kepada RSG MY manakala perlawanan kedua agak sengit dengan lebih 20 minit waktu perlawanan.

Prestasi yang ditunjukkan oleh Leixia nyata berkesan apabila menggunakan Brody dan berjaya menangkap pemain Bosskurr berulang kali serta mempunyai farm yang baik ketika akhir perlawanan.

Pemain RSG MY juga berdisiplin dan berjaya untuk mengambil Lord berulang kali pada game kedua.

Ini adalah kemenangan pertama RSG MY ke atas Team Bosskurr, dan kemenangan pertama mereka pada awal musim liga ini.

RELATED NEWS

+