MPL Malaysia: Team Bosskurr tukar lineup?

Pasukan Mobile Legends tempatan, Team Bosskurr nampaknya akan menukar lineup di musim liga MPL MY musim ketujuh kali ini.

Dalam satu posting ringkas di Instagram, mereka mengumumkan Haqqani Jaffar (2ez4jepv) akan menjadi jurulatih dan pemain simpanan mereka, Myzer akan menyertai barisan utama.

Keputusan itu dibuat berdasarkan prestasi perlawanan Team Bosskurr selepas tewas di tangan RSG MY, Suhaz EVOS dan Red Esports.

RELATED NEWS

+