HomeBois mendahului carta liga minggu pertama MPL MY Musim ke-11

Minggu pertama Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Malaysia Musim ke-11 sudah pun tamat. Pelbagai kejutan dan meta yang dikeluarkan oleh pasukan-pasukan yang bertanding pada musim ini.

Setakat minggu pertama, HomeBois mendahului carta liga dengan enam mata selepas mengalahkan pasukan Team Haq dan Team Secret. Homebois menewaskan kedua-dua pasukan ini sebanyak 2-0.

Juara Musim ke-7, RSG Slate MY berkongsi posisi dengan Team SMG dan menduduki tempat kedua dengan lima mata. 

Team Secret mengisi zon penyinkiran selepas tewas 0-2 untuk dua perlawanan berturut-turut dan mereka ditemani Red Esports yang kalah ditangan pasukan baharu, Red Giant Esports.

Namun Red Esports masih kekurangan satu perlawanan dan akan bertemu Todak dan Madness Esports pada minggu kedua.

Perlawanan tumpuan pada minggu kedua pastinya terarah pada dua perlawanan besar iaitu, dua bekas juara, Team SMG bertemu RSG Slate MY pada Sabtu dan pertemuan semula di antara dua finalis MPL MY Musim ke-10 iaitu Team Haq dan Todak.

RELATED NEWS

+