MPL MY: MAB Esports lebih mendominasi

Pertarungan kedua pada hari ini menyaksikan pencabar baru MPL iaitu MAB Esports akan bertemu dengan pasukan Orange Esports.

Pasukan Orange Esports mendominasi perlawanan pertama dengan percaturan yang sangat bijak dilakukan oleh Khufra dan Kadita.

Namun begitu, MAB Esports berjaya mendisiplin kan diri mereka dan menunggu pasukan Orange Esports melakukan kesilapan.

Orange Esports terlalu agresif di minit awal permainan menyebabkan mereka kehilangan momentum dan MAB Esports terus mendapatkan kemenangan.

Perlawanan kedua memihak kepada pasukan MAB Esports apabila mereka berjaya mengawal permainan di fasa mid game.

Kekuatan Zakqt mengasak pemain Orange Esports terutamanya Isonicc memberikan pasukan MAB kelebihan di dalam permainan.

Orange Esports semakin sukar untuk menghadapi Rennn dan Alif di fasa akhir permainan apabila Hayabusa dan Esmeralda mendapatkan barang core mereka.

Pasukan MAB mendapat Luminous Lord pada minit ke-12 menyebabkan pasukan Orange Esports mengalami kekalahan.

RELATED NEWS

+