MPL MY musim kesembilan bakal tiba tidak lama lagi

Selepas berakhirnya Kejohanan Dunia M3 pada 19 Disember, kini para peminat MLBB pasti menantikan MPL musim kesembilan yang akan berlangsung tidak lama lagi.

MPL MY Official mengumumkan MPL MY musim kesembilan akan tiba tidak lama lagi dan pendaftaran akan dibuka untuk menjadi salah satu pasukan yang akan bersaing di peringkat kelayakan.

Adakah kita akan dapat melihat pasukan baru seperti EBLZ dan pasukan Rahasia (dikenali sebagai Team Bosskurrr) muncul di MPL musim kesembilan ini? Kita bakal saksikan.

Juara MPL MY musim kelapan iaitu Team SMG akan mempertahankan takhta mereka di musim kesembilan. Ianya pasti menjadi acara yang sengit nanti.

RELATED NEWS

+