MPL MY: Team Caracal sudah temui keserasian

Perlawanan terakhir di hari ketiga MPL MY menyaksikan Team Caracal akan bertemu dengan bekas pasukan mereka sebelum ini iaitu RSG MY.

Mereka mengalami kekalahan pada perlawanan pertama namun mula bangkit dengan pemilihan Fanny yang digunakan oleh LinkEzaa.

Mereka sekali lagi mendominasi di perlawanan ketiga selepas corak permainan yang sangat baik ditunjukkan oleh LinkEzaa dan juga Aimmm.

RSG MY gagal menyekat kemaraan Team Caracal dan mula bermain secara pasif untuk mengelakkan mereka ditumbangkan.

Team Caracal terus memberikan asakan kepada RSG MY selepas LinkEzaa mula menyiapkan banyak barang core untuk Roger.

LinkEzaa terus mengganas di minit akhir permainan dan mencari setiap ahli pasukan RSG MY untuk ditumbangkan.

RSG MY yang ketinggalan gold dan kematian Kuza di lane tengah menyebabkan mereka mengalami kekalahan.

RELATED NEWS

+