MPL: Ngauman EVOS Esports SG, 2-0 Ke Atas Todak

Nampaknya pasukan Malaysia, Todak berdepan laluan sukar di minggu pertama musim Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang Malaysia dan Singapura (MPL) Musim Kelima apabila tewas 0-2 berdepan musuh El Clasico, EVOS SG sebentar tadi.

Kelihatan EVOS yakin dengan draft mereka dan penambahan ahli baru, Pokemon juga membuahkan hasil dengan prestasi cemerlang sebagai Lunox.

Kali ini, Todak kelihatan agak kekok memainkan draft baru mereka pada perlawanan pertama; mempertaruhkan hero seperti Alice, Kimmy dan Carmilla dalam satu lineup.

Di game kedua juga, mereka gagal menolak kemaraan EVOS yang masih mengekalkan hero seperti Diggie dan Lunox sementara mengambil Granger sebagai marksman.

Ternyata, EVOS SG memperoleh rentak yang baik selepas melakukan latihan bersama rakan sepasukan di negara jiran, EVOS Legends, kata pengulas Ikuto dan Adam.

Jadual perlawanan minggu pertama musim liga MPL MY/SG Musim Kelima

MPL Malaysia dan Singapura Musim Kelima mengumpulkan enam pasukan negara dan empat pasukan Kota Singa berentap dalam musim liga selama enam minggu pada Sabtu dan Ahad.

Pasukan dipilih ke playoffs mengikut ranking yang mana hanya lapan teratas akan dipilih untuk bertanding pada 18 dan 19 April 2020 ini.

Kejohanan ini mengumpulkan hadiah terkumpul RM410,000.

Foto: eGG Network

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+