MPL PH: Blacklist dan ONIC PH di kedudukan tercorot

Minggu pertama MPL PH musim ke-9 sudah tamat. Setakat ini Kairi dari ONIC PH menguasai jumlah kill.

Dia diikuti dengan Karltzy yang hanya berbeza satu mata dan berada di kedudukan kedua.

Ramai peminat dan talent menjangkakan pasukan Blacklist International akan berada di kedudukan pertama carta namun pasukan ECHO dan TNC memegang carta minggu pertama.

ONIC PH dan Blacklist International berada di kedudukan tercorot dan mereka harus bangkit pada minggu ini.

Bagaimanakah pasukan Blacklist International dan ONIC PH akan mengubah strategi mereka untuk minggu kedua?

Kita bakal saksikan MPL PH musim ke-9 minggu kedua akan berlangsung pada hari Jumaat ini.

RELATED NEWS

+