MPLI 2021: Impian Alter Ego untuk menentang Blacklist International kini terkubur

Perlawanan penentuan untuk wakil Indonesia ke peringkat akhir akan terjawab selepas perlawanan separuh akhir di antara Alter Ego dan ONIC Esports.

Kedua-dua pasukan ini menunjukkan prestasi dan momentum yang cemerlang untuk mencapai ke tahap ini. Terutamanya pasukan Alter Ego yang berjaya menewaskan pasukan EVOS SG sebelum ini.

Di permainan yang pertama, Alter Ego menggunakan draft Natan sebagai damage dealer mereka. Satu draft yang sangat kuat ketika menentang Orange Esports sebelum ini.

Namun begitu, pasukan ONIC Esports lebih mengetahui cara untuk counter draft itu dengan membawa masuk Cecellion dan juga Yi Sun Shin.

Ditambah lagi dengan Black Dragon Form, Alter Ego harus mengakui ONIC Esports bermain dengan lebih baik di perlawanan pertama.

Berbeza dengan perlawanan pertama, Alter Ego menunjukkan mereka adalah salah satu pasukan yang sukar untuk ditewaskan begitu sahaja. Namun begitu, mudah sahaja pasukan ONIC Esports mendapatkan pengawalan peta dan buff.

Luminous Lord yang diambil pasukan ONIC pada minit ke-12 menyebabkan Alter Ego mengalami tekanan dan Celiboy terkorban ketika ingin mempertahankan base pasukan Alter Ego.

ONIC Esports terus melakukan pushing dan berjaya mendapatkan kemenangan pada minit ke-13.

ONIC Esports akan terus mara ke peringkat akhir untuk menentang pasukan Blacklist International selepas ini. Satu perlawanan yang amat sengit dari dua buah negara iaitu Indonesia dan Filipina.

Siapakah yang bakal muncul juara untuk Kejohanan Jemputan Liga Profesional Mobile Legends (MPLI 2021) kali ini? Kita saksikan sebentar sahaja lagi.

 

RELATED NEWS

+