MPLI 2021: Pasukan Malaysia harus berhati-hati dengan pemain ini

Blacklist International baru sahaja bergelar juara MPL Filipina musim kelapan sebelum ini. Mereka mampu bangkit dari peringkat lower bracket untuk menewaskan ONIC PH di peringkat akhir.

Menjadi salah satu pasukan yang cukup hebat ketika ini, mereka akan memastikan piala Kejohanan Jemputan (MPLI 2021) akan menjadi milik mereka.

Pemain MVP mereka di MPL PH musim kelapan iaitu Hadji mempunyai kebolehan untuk bermain kesemua role dari junglergold lanerroamer dan juga midlaner. Hero pool yang dimiliki beliau sangat besar membuatkan Hadji selesa untuk bermain apa sahaja hero yang dipilih oleh kapten pasukan atau drafter.

Hadji sebelum ini pernah menyertai pasukan Omega sebelum dibawa masuk ke Blacklist International manakala hero kegemaran beliau adalah Ling, Selena dan Hayabusa.

Terdahulu, Blacklist International ada menyatakan hasrat mereka untuk bertemu dengan Team SMG selepas pasukan itu menewaskan Todak dengan skor tanpa balas 4-0. 

RELATED NEWS

+