MPLI 2021: RRQ Hoshi jinakkan Sang Harimau Putih

Kejohanan Jemputan Mobile Legends di bracket B menyaksikan El Clasico di antara RRQ Hoshi dan EVOS Legends. Kedua-dua pasukan dibawa ke dalam bracket semasa pemilihan captain draft oleh Team SMG.

Ferxiic tidak bermain untuk EVOS kali ini oleh kerana beliau mempunyai urusan bersama keluarga. Ferxiic digantikan oleh Tazz. 

EVOS Legends sukar untuk menghadapi tekanan dari Sang Raja pada perlawanan pertama selepas Karina dijadikan korban dan dicuri purple buff pada minit awal permainan. 

Alberttt terlalu kuat di perlawanan pertama dan menjadi kunci kemenangan pasukan RRQ Hoshi.

Perlawanan kedua juga menyaksikan perkara yang sama, pasukan RRQ lebih cemerlang di dalam pertarungan. Mereka mengawal peta dan menghentikan kemaraan pasukan EVOS untuk mengawal peta.

EVOS Legends hampir comeback akan tetapi RRQ Hoshi lebih berdisiplin di minit akhir permainan dan mereka menang dengan skor 2-0 tanpa balas.

 

RELATED NEWS

+