MPLI 2021: RRQ Hoshi menghantar pulang ONIC PH

Perlawanan di hari ketiga menyaksikan Sang Raja akan menentang naib juara MPL PH musim kelapan iaitu ONIC PH.

Seperti yang dijangkakan, kekuatan ONIC PH memang tidak perlu disangkal lagi. Lancelot yang dimainkan oleh Kairi memberikan tekanan kepada RRQ Hoshi pada perlawanan pertama.

Namun begitu, RRQ yang sangat berdisiplin berjaya menumbangkan kesemua ahli pasukan ONIC PH pada akhir permainan. Real World Manipulation dan Yi Sun Shin yang digunakan Alberttt meratakan pasukan Filipina itu.

Berbeza dengan perlawanan pertama, RRQ Hoshi mendominasi perlawanan kedua dengan begitu baik sekali. Lancelot yang digunakan oleh Alberttt sangat lincah menghancurkan pasukan ONIC PH.

Bruno menjadi kunci kekuatan RRQ Hoshi dengan damage yang begitu besar dikeluarkan oleh hero ini. ONIC PH mengalami kesukaran untuk menangkap Bruno di dalam pertarungan dan mereka harus akur dengan kekalahan 0-2.

Mereka akan berlawan dengan Team SMG selepas ini di peringkat suku akhir.

RELATED NEWS

+