Selepas bertarung dalam pusingan sengit lower bracket di Kejohanan Jemputan Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang (MPLI) hari ini, nampaknya perjalanan pasukan Malaysia, Geek Fam kini berakhir selepas tewas di tangan pasukan Myanmar, Burmese Ghouls.
Mereka tewas dengan skor 0-2 dalam pusingan kalah mati tersebut.
Semalam, Geek Fam menang ke atas pasukan Indonesia, Genflix Aerowolf dengan skor 2-0.
MPLI mengumpulkan empat negara, Myanmar, Indonesia, Malaysia dan Singapura dengan hadiah terkumpul RM420,000.