MPX NSEA berharap dapat masukkan pemain import, musim depan

Meskipun tewas dan akur dengan tempat kelapan di MPL MY S12, MPX NSEA tetap optimis mahu mencari pemain import pada musim depan bagi menambah baik roster pasukan MLBB mereka.

“Pemain import penting untuk liga kita. Sebagai contoh banyak pasukan teratas seperti Team SMG dan HomeBois yang mempunyai pemain import.

“Saya rasa kami perlu (ada pemain import).

“Kalau kita tengok macam bola sepak atau mana-mana sukan, mereka memberi daya saing kepada pemain tempatan, membantu pasukan ini untuk berkembang dengan suntikan semangat,” kata Pengasas MPX NSEA, Ridhwan Idris (Joker).

Mereka juga sedang merancang untuk mengambil pemain import dari Indonesia.

“Kami sasar mereka dari Indonesia kerana bahasa yang serumpun dan lebih kurang sama. Filipina pun boleh cuba. 

“Kami akan ada sesi latihan dan percubaan kepada mereka dalam masa enam bulan (sebelum mula liga seterusnya),” katanya.

MPX NSEA berada di tempat kelapan selepas tersingkir awal di playoffs MPL MY S12 dengan kekalahan ke atas Team Haq 2-0.

RELATED NEWS

+