MSC 2022: RRQ Hoshi mara ke peringkat akhir

Perlawanan akhir di upper bracket menyaksikan pasukan RRQ Hoshi akan menentang RSG PH.

Kedua-dua pasukan ini adalah pasukan terkuat mewakili negara masing-masing ketika ini.

Pasukan RRQ mendahului 2 perlawanan dan mereka hanya memerlukan 1 sahaja lagi kemenangan bagi mendapatkan slot ke peringkat akhir.

Namun begitu, pasukan RSG PH berjaya mengambil 1 kemenangan di perlawanan ketiga dan mereka memaksa permainan keempat dimulakan.

Perlawanan keempat menyaksikan pasukan RSG PH mendahului fasa awal permainan di mana mereka berjaya menumbangkan turtle dan juga Alberttt.

Namun begitu, R7 kembali membalas asakan yang dikenakan ke atas pasukan RRQ dengan menumbangkan Demonkite dan juga Light.

RRQ berjaya mendapatkan Lord pada minit ke-25 dan mereka terus melakukan pushing. Combo yang dimulakan oleh Clayy menggunakan Real World Manipulation memihak kepada RRQ.

RRQ Hoshi kemudian menamatkan permainan untuk mendapatkan slot ke peringkat akhir.

Foto: MOONTON Games

 

RELATED NEWS

+