Muerta hero carry baharu Dota 2

Muerta hero baharu yang ke-124 kini sudah tiba ke Dota 2 dalam kemas kini 7.32e Dead Reckoning.

Hero ini mengambil inspirasi tradisi daripada Sepanyol iaitu Dia De los Muertos (Hari Kematian).

Muerta adalah hero yang menguasai kematian dengan kuasa etheral dan pistolnya yang boleh memberi fear dan silence kepada musuh.

Ultimatenya pula menukarkan serangannya kepada magic damage.

Muerta juga adalah carry late game dimana dia sangat kuat apabila sudah mendapat banyak item.

Skill Muerta

Dead Shot (Q)

Muerta akan menembak di satu kawasan dan anda boleh menggunakan vector untuk mengubah arah peluru ini. Mereka yang terkena pantulan peluru akan terkena fear.

The Calling (W)

Muerta akan mengeluarkan empat revenant yang akan berpusing dalam satu area of effect (AoE).

Musuh dalam AoE akan mendapat slow dan attack speed dikurangkan.

Musuh yang melanggar revenant ini akan mendapat silence dan dikenakan damage.

Gunslinger (E) – Passive

Serangan Muerta akan mempunyai peluang untuk menembak kali kedua pada sasaran lain yang mengutamakan Heroes.

Pierce The Veil (R) – Ultimate

Pierce the Veil adalah Ultimate untuk Muerta.

Muerta akan bertukar dan menjadi imun kepada physical damage.

Semua serangan Muerta akan bertukar menjadi magical damage dengan tambahan attack damage dan phased movement.

Muerta juga boleh menyerang musuh ethereal tetapi tidak akan membuat damage kepada sasaran yang Magic Immune.

Adakah Muerta akan menjadi kuat seperti hero-hero late game carry yang lain?

RELATED NEWS

+