NAVI perkenalkan barisan pemain Mobile Legends

Organisasi e-sukan Eropah, Natus Vincere atau NAVI mengumumkan pembentukan barisan roster Mobile Legends mereka. 

Bagi memperkukuhkan barisan roster mereka, NAVI juga menandatangani bekas-bekas pemain daripada pasukan Deus Vult iaitu pasukan Mobile Legends terkuat bagi zon Eropah dan pernah menjadi juara bagi beberapa kejohanan peringkat zon.

M3 ini akan menjadi pembabitan mereka buat kali ketiga di dalam kejohanan dunia ini.  

Berikut ialah barisan pasukan Mobile Legends NAVI:

  • Stanislav “SAWO” Reshniak – Kapten
  • Kemiran “Sunset Lover” Kochkarov
  •  Ruslan “Lil” Degtev
  • Andriy “Defender” Martynenko
  • Maxim “Nagib” Dudich
  • Alexander “WarBarbie” Korystin – Jurulatih

Kejohanan Dunia M3 akan mengumpulkan 16 pasukan bertanding untuk hadiah terkumpul AS$800,000 (RM3,3 juta).

Sumber: NAVI.

RELATED NEWS

+