Tiga pasukan Malaysia bermula dengan langkah kanan di ESL Snapdragon Pro Series

Tiga pasukan Malaysia iaitu RSG Slate MY, Team Haq dan Red Esports memulakan kempen Siri Pro Snapdragon Final Terbuka dengan kemenangan pada Isnin.

RSG Slate MY menjadi pasukan pertama mencatatkan kemenangan selepas menewaskan Alchemy SG daripada Singapura dengan skor 2-0.

Ini merupakan perlawanan pertama di mana Neyyy, pemain baharu yang ditandatangani oleh RSG Slate MY dimasukkan ke barisan utama sebagai Roamer.

Selepas itu, Team Haq tiada masalah menundukkan HeloHeli daripada Malaysia dengan skor 2-0.

Team Haq dilihat melakukan satu uji kaji di mana mereka menurunkan AL sebagai Gold Laner menggantikan Panda.

Red Esports turut menang mudah selepas menewaskan Team SMG SG daripada Singapura dengan skor 2-0.

Mereka tidak melakukan sebarang perubahan dengan mengekalkan barisan pemain sewaktu Playoff MPL MY musim ke-11.

MAB Esports dan Madness Esports pula bagaimanapun tewas di lawan masing-masing dengan skor 2-1.

Pusingan kedua akan bermula pada pukul 4 petang di mana RSG Slate MY akan berjumpa dengan Red Esports manakala Team Haq akan bertemu dengan pasukan Kemboja iaitu See You Soon pada jam 6 petang.

Madness Esports akan menanti kunjungan MHRLK Esports pada jam 8 malam.

Untuk menutup hari kedua, HeloLeli akan berjumpa dengan Nightmare Esport serta Xia Esports daripada Filipina akan menentang MAB Esports pada 10 malam.

Foto: MOONTON Games

RELATED NEWS

+