Need For Speed Payback Akan Menambahkan Mod Free Roam

Selepas sekian lama penantian, peminat Need For Speed Payback kini mendapat habuan mereka untuk keupayaan memandu secara bebas dalam talian. Ciri itu akan disertakan pada tahun ini.

Buat masa ini, peminat hanya boleh roam bersama kawan hanya apabila menunggu sehingga lobi penuh tapi dalam mod baru ini, korang boleh menerjah jalan-jalan di Fortune Valley dengan kawan-kawan atau orang lain tanpa perlu menyertai perlumbaan.

Ciri itu sudah lama dinantikan peminat sebelum game itu dipasarkan lagi. Pengecualian mod ini menyebabkan ramai yang tidak berpuas hati lalu menyebabkan Ghost Games dan EA berbuat sesuatu dan menyertakan mod ini. Buat masa sekarang, kedua-dua syarikat ini masih belum mengumumkan tarikh rasmi untuk pelancaran update berkenaan.

RELATED NEWS

+