Pemain akan melawan labah-labah dan dinosaur di peta baru Apex Legends

Musim ke-11 Apex Legends bakal hadir tidak lama lagi setelah pendedahan terkini oleh Respawn Entertainment: Peta baru dan watak terkini yang akan menyertai barisan watak Apex Legends -Ash.

Seperti yang diacah sebelum ini, peta tropika itu akan hadir pada musim yang akan datang pada bulan hadapan. Musim ke-11 ini juga akan membawa senjata baru serta pelbagai lagi tambahan kepada pemain.

Peta Baru – Pulau Tropika

Peta tropika ini akan membawa pengalaman baru kepada pemain Apex Legends kerana ia akan mempunyai ciri PvE atau player vs. environment.

Ia seakan-akan Bloodhound’s Trial di peta World’s Edge di mana pemain akan lawan binatang Prowler yang dikawal AI. Berdasarkan kisah-kisah dari komik serta video Apex Legends, pemain mungkin akan berlawan dengan labah-labah dan dinosaur.

Maklumat peta ini akan didedahkan lagi pada 26 Oktober pada jam 11 pagi waktu Malaysia.

Watak Baru – Ash

Musim baru juga akan memperkenalkan Ash sebagai legend terbaru permainan, yang pertama kali dilihat di Titanfall 2.

Dalam treler ini, kita dapat lihat bahawa Ash akan memiliki kemampuan teleportasi yang serupa dengan portal Wraith. Kemampuan taktikalnya adalah semacam perangkap yang mengikat dan melumpuhkan musuh. Ash secara pasif menandai semua kotak kematian dan juga mempunyai kemampuan untuk mencari anggota pasukan musuh yang masih hidup ketika berada di dekat kotak kematian mereka.

Senjata Baru – CAR SMG

Senjata CAR SMG dari Titanfall 2 akan ditambahkan ke dalam permainan dan sepertinya ini akan menjadi senjata pertama yang menggunakan dua jenis peluru. Senjata baru akan dapat menggunakan Light Ammo dan Heavy Ammo untuk mod tembak yang berbeza.

Battle Pass Musim 11

Kandungan Battle Pass masih belum didedahkan tetapi memandangkan ia adalah kemaskini kandungan utama terakhir untuk tahun 2021, pemain boleh mengharapkan acara Krismas pada bulan Disember dan juga acara Collection bermusim dengan Heirloom dan kosmetik baru untuk dibuka.

Apex Legends Musim Ke-11: Escape dijadualkan dilancarkan pada 2 November untuk semua platform.

RELATED NEWS

+