Penstriman permainan video diketatkan dengan keperluan lesen kebenaran – China

China baru-baru ini cuba untuk menghalang sebarang masalah sosial mahupun kehidupan rakyat mereka disebabkan permainan video.

Banyak syarikat permainan video dikenakan tindakan malah, syarikat penstriman dan penyiaran permainan video juga dikenakan tindakan.

Nimo TV yang kini menjadi sangat popular di Indonesia dan mula mendapat sambutan di Malaysia juga sudah menutup operasi global mereka.

Kini kerajaan China mengumumkan mereka akan menguatkuasakan peraturan lebih ketat dan sebarang permainan video yang tidak mempunyai lesen untuk penyiaran akan diharamkan.

Semua permainan video perlu mendapatkan kebenaran terlebih dahulu untuk penstriman di mana-mana pelantar.

Menurut Penganalisis Niko Partners, Daniel Ahmad (@ZhugeEX) mengatakan polisi ini bukan sesuatu yang baharu.

Sebenarnya peraturan ini sudah lama ada dan peraturan penstriman sangat jarang dibuat walaupun ada.

Tencent Holdings juga sudah membuat pengumuman mereka akan menutup semua perkhidmatan yang memberi para pemain di China bermain permainan di luar negara yang tidak diiktiraf kerajaan China.

Malah sekarang sesiapa yang berumur 18 tahun ke bawah hanya boleh bermain permainan video selama 1 jam setengah sahaja.

Rujukan: Reuters

RELATED NEWS

+